Wednesday, January 25, 2012

Rawatan

 




Rawatan am dan spesifik dilakukan untuk menyembuhkan pesakit dilaksanakan oleh doktor pakar. Ada
kanser yang boleh dirawat 100 peratus dan ada yang tidak dapat dirawat tanpa kombinasi cara rawatan iaitu - pembedahan, radioterapi dan kimoterapi. 

Tugas pakar bedah otak ialah membuang  
 kanser  , jika boleh sehingga 100 peratus tetapi ada jenis   kanser  yang tidak dapat dibuang keseluruhannya walaupun di tangan pakar bedah yang cekap di dunia.

Jika  
 kanser  berlaku di kawasan otak, pembedahan mungkin membawa risiko tinggi. Oleh itu, rawatan radioterapi atau kimoterapi dipilih selepas biopsi dilakukan iaitu mengambil ‘daging’   kanser   yang berukuran 2 milimeter atau lebih untuk siasatan patalogi.

Ada sesetengah  
 kanser  dirawat dengan keadaan embolisasi mengecutkan   kanser  itu. Radioterapi memberi rawatan berbeza daripada kaedah kecil hinggalah ke kaedah besar. 



Cara baru rawatan 
kanser  otak yang masih kecil adalah melalui kaedah radiosurgeri iaitu menggunakan akselerator linear, cobalt gamma knife atau kaedah brachiterapi.

Kimoterapi iaitu menggunakan ubat-ubat yang kuat dapat memberhentikan proses pertumbuhan 
kanser kini menjadi terapi yang mendapat perhatian dunia.

Desas-desus yang mengatakan penggunaan telefon selular sebagai salah satu punca 
kanser  otak adalah tidak benar sama sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan ia tiada kaitan antara risiko  kanser otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat.

No comments:

Post a Comment