Wednesday, January 25, 2012

Apa yang menyebabkan doktor mengesyaki sakit kepala itu adalah tumor otak?


Apa yang menyebabkan doktor mengesyaki sakit kepala itu adalah tumor otak?


 
Pesakit yang mengalami sakit kepala yang kronik harusnya mencari seorang doktor yang dipercayainya.
Pesakit mampu menilai tahap pengetahuan doktor dengan bertanyakan beberapa soalan tentang penyakitnya. Jika doktor itu cuba mengelak dari menjawab soalan itu atau memberikan jawapan sambil lewa, bermakna doktor itu tidak menepati kriteria yang saya sebutkan.
Doktor juga harus menunjukkan sikap kopentasi (kemahiran) dan cara kmunikasi yang baik. Kriteria yang saya sebutkan tidak semestinya berada pada diri seorang doktor yang pakar.
Ada pesakit mengadu pengalamannnya berjumpa dengan doktor pakar neurology (neurologist), melayan pesakitnya dengan lewa, sehinggakan sakit kepala yang tidak serius dikatakan tumor otak dan manakala sakit kepala yang sangat kuat pula dikatakan tidak apa-apa.
Malah ada doktor dengan mudah melabel seseorang itu mengalami sakit kepala sebgai migraine menyebabkan pesakit sudah mati akal, tidak tahu apa yang harus diharapkankan lagi selain makan ubat penahan sakit saja untuk sakit kepalanya.
Doktor akan memerhatikan kekerapan pesakit berjumpa dengannya, terutama jika pesakit telah datang beberapa kali pada waktu yang dekat. Bagi saya sendiri, kalau pesakit datang dua kali dalam masa sebulan, saya berpendapat sakit kepalanya adalah serius.
Oleh kerana itu pesakit haruslah bersabar menjawab soalan yang dikemukakan oleh doktor wlaupun pada masa itu mungkin pesakit itu tidak mampu menahan kesakitannya. Tanpa menjawab soalan-soalan itu pihak doktor sebenarnya tidak menemukan “clue” kerana sakit kepala mempunyai banyak sebab.
Pihak doktor dapat mengelak dari melakukan keseluruhan ujian yang mungkin tidak perlu jika pesakit memberikan kerjasama dengan menjawab soalan-soalan itu dan menjaga kesabarannya.
Alangkah baik kalau pesakit sendiri dapat menyimpan buku kecil yang mana dia boleh mencatatkan pada masa mana dia mengalami sakit kepala dan apa yg dilakukan ketika itu.
Ini akan mengurangkan soalan-soalan yang dikemukan oleh pihak doktor dan pesakit boleh memberikan jawaban yang tepat. Jika tidk pesakit akan memberikan jawaban “saya tak tahu” atau “saya tidak ingat” menyebabkan pesakit dan juga pihak doktor sama-sama kecewa.
Maka tidak hairanlah saya mendapat ”feedback” dari pesakit yang kecewa dengan konsultasi dengan pakar saraf kerana diberitahu sakit kepalanya “tak ada apa-apa”atau “ ini disebabkan angin dalam kepala”. Semua jawapan yang diberikan doktor ini menggambar kekecewaan doktor terhadap kerjasama dari pesakit ketika menjawab soalan yang diberikan, lalu doktor memberikan jawaban pun yang sambil lewa atau malas.
Doktor perlu tahu dari pesakit, ‘apakah yang menyebabkan punca sakit kepla yang tiba-tiba’. Adakah tatkala itu, pesakit sedang melihat skrin komputer, atau sedang berehat tiba-tiba terdengar bunyi muzik yng kuat dimainkan oleh jiran menyebbkan sakit kepala terus menyerang atau mungkin selepas memakan makan berminyak.
Doktor juga mahu tahu ‘berapa kekerapan pesakit itu mengalami sakit kepala’. Adakah setiap hari? Setiap minggu? Atau di waktu malam atau di waktu tengah hari?
Kadang kala doktor bertanya beberapa soalan yang kadang kala menyakitkan hati pesakit. Namun ianya penting seperti
 1. Adakah sakit kepala ini pernah terjadi sebelum ini atau adalah ini pertama kali?
Pesakit yang sebelum ini mempunyai sakit kepala, mungkin sakit kepalanya kali ini disebabkan oleh allergi dan migraine biasanya tidak membimbangkan.
Namun bagi mereka yang tidak pernah sakit kepala yang terlalu kuat seperti ini, ianya seharusnya diselidik lebih mendalam.
 Bagi pesakit yang sebelum ini pernah dan kerap mengalami sakit kepala, biasanya pesakit dapat memberitahu sama ada kesakitannya bertambah kuat, atau berubah tempat, dari depan kepala ke bahagian kepala, atau mungkin menyebabkan gejala/ tanda-tanda yang lain seperti pendengaran dan pemandangannya menjadi kurang atau anggota badannya menjadi lemah. Perubahan-perubahan ini mungkin disebabkan oleh   tumor  otak.
 2.Apakah nama ubat yang selalu diambil untuk mengurangkan sakit kepala?
Saya sering menerima rungutkan pesakit apabila soalan ini saya tanyakan. Mereka menjawab dengan marah (mungkin sambil menahan sakit kepala), ”Manalah saya tahu, saya bukannya doktor!”. Ada juga yang memberitahu saya warna ubat yang diambil untuk melegakan sakit kepala.
Walaupun ianya memberikan sedikit clue ttg ubat yang diambilnya, namun ianya tidak cukup bagus. Ini kerana banyak ubat generik yang dihasilkan oleh beberapa buah syarikat pharmaseutikal memberikan warna-warna yang berlainan pada ubat-ubat mereka.
Tujuan soalan ini ditanyakan ialah untuk mengetahui sama ada ubat yang diambil oleh mereka itu adakah di tahap biasa, atau sudah mulai menggunakan ubat-ubat yang agak kuat.
Pesakit haruslah berkata dengan jujur jika mengambil ubat-ubatan dari farmasi secara “over-the-counter” seperti Panadol atau Ponstan. Malah beritahu juga kalau ubat yang diambil merupakan ubatan herba, atau dipreskripsikan oleh doktor lain.
Apa yang penting, doktor mahu mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Adakah ianya berkesan buat sementara atau tidak berkesan langsung. Selalunya sakit kepala yang disebabkan oleh   tumor  otak tidak akan mendapat kelegaan daripada ubat penahan sakit. Kalau ada kelegaaan, mungkin bersifat sementara. Keadaan ini seharusnya menyebabkan doktor akan memikirkan sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.
Secara ringkas sakit kepala yang disebabkan   tumor  otak biasanya akan menyebabkan tanda-tanda lain seperti pandangan semakin berkabur, atau anggota badan menjadi lemah.
Selain itu, sakit kepala menjadi bertambah kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah mengambil ubat penahan sakit. Apa yang boleh saya nasihatkan, eloklah berbincang dengan doktor jika pesakit masih rasa keliru dan resah dengan penerangan ringkas saya.
Jika pesakit masih mahukan pengesahan, bolehlah melakukan imbasan CT Scan dan MRI otak, kerana   tumor  otak sekecil 1cm dpt dikesan melaluinya.

No comments:

Post a Comment