Wednesday, February 29, 2012

Vitamin B17 Membunuh Sel Kanser



Bagaimana Biji Apricot (Vitamin B17 ) Membunuh Sel Kanser?

Huraian:
Apabila B17 atau Amygdalin atau juga disebut Laetrile bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat dipecahkan disebabkan tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel  kanser .  Pada sel  kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya.  Sebaliknya apabila B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu Hidrogen Sianida (cyanide) bergabung dengan Benzaldehyde.  Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel  kanser .  Kita akan lihat sel-sel  kanser yang mati berkecai keluar melalui air kencing.  Proses ini biasanya mengambil masa dalam 2 minggu sahaja.  Keseluruhan proses ini disebut sebagai “selective toxicity” atau ketoksikan selektif.  Hanya sel-sel  kanser sahaja disasarkan untuk di musnahkan.  Beginilah cara B17 dari Biji Aprikot bekerja.  Ia telah terbukti dan berilustrasi untuk memusnah serta membunuh sel  kanser dan menyuburkan sel yang sihat melalui B17.  

Layarilah internet untuk melihat fenomena ini digunakan Hospital Contreras di Mexico dan Harold Manner Hospital lebih 30 tahun yang lalu dan berjaya merawat 100,000 orang pesakit-pesakit  kanser .

Tuesday, February 28, 2012

Faktor Tubuh Berasid


Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph 

Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.
b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.
c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.




Ketahui Fakta Dan Hakikat Minuman Ringan Coca-cola Dan Pepsi






Asid
Minuman ringan sering dicampurkan dengan beberapa asid seperti asid sitrik, fosforik dan sesekali, asid malik atau tartarik untuk menambah ‘sengatannya’. Asid ini juga bertindak sebagai bahan pengawet yang memelihara kualiti sesuatu minuman.
Selain itu ia juga mengimbangi kemanisan minuman, dengan menjadikannya sungguh menyegarkan dan menghilangkan dahaga. Semua jenis minuman ringan terutamanya kola sangat berasid. Kajian menunjukkan untuk meneutralkan segelas kola, anda memerlukan 32 gelas air beralkali tinggi.
Di Britain tinjauan pada tahun 1993 mengenai Kesihatan Pergigian Kanak-kanak mendapati 20% kanak-kanak yang banyak minum minuman ringan mengalami kakisan pada bahagian dentin mereka.
Kerosakan bermula dalam tempoh 45 minit sesudah meminumnya dan berterusan selama sejam. Menurut Persatuan Pergigian Britain, menggosok gigi selepas meminum minuman bergula dan berasid boleh menambah kerosakan gigi.
Kajian dijalankan pada Perang Dunia ke 2 menunjukkan apabila gigi manusia dicabut direndam dalam minuman berkola, dalam masa dua hari gigi itu menjadi amat lembut dan permukaan enamelnya kehilangan sebahagian besar kalsium. Dalam ujian lain, gigi geraham tikus yang diberi makan secukupnya tetapi hanya meminum minuman kola didapati terbenam sehingga lapisan gusi selepas enam minggu.
Kajian British juga mendapati minuman ringan lebih berasid dan lebih bersifat mengkakis berbanding jus buah-buahan. Untuk mengetahui kadar keasidan minuman ringan yang dijual di sini, beberapa jenama telah diuji. (Perhatian: lebih rendah nilai pHnya, lebih berasidlah sesuatu minuman itu. Mana-mana minuman yang berada di bawah pH5.5 berpotensi menyebabkan kakisan pada gigi).
Penyakit sememangnya sukakan asid! Fosforus dalam asid fosforik misalnya boleh mengganggu imbangan kalsium-fosfat dalam tubuh dan melarut keluar kalsium daripada tulang. Ini akhirnya akan menyebabkan osteoporosis.
Fosforus juga melawan asid hidroklorik dalam perut dan menjadikannya tidak berkesan hingga mengganggu proses penghadaman dan menyebabkan kembung perut.
Pada hakikatnya, sesetengah penyelidik percaya buih dan gas dalam minuman ringan akibat asid fosforik berpotensi membakar bahagian dalam tubuh. Ternyata ia begitu tidak sesuai untuk tubuh manusia.
Karbon dioksida
Karbon dioksida merupakan bahan buangan yang dihembus keluar oleh manusia tetapi kita menelannya apabila meminum minuman ringan.
Karbon dioksida yang memberikan keadaan berbuih merupakan antara ramuan penting dalam minuman ringan. Ia juga mempengaruhi rasa sesuatu produk. Ia menjadikan minuman ringan lebih menyegarkan dengan merangsang selaput lendir di dalam mulut. Ia menghasilkan buih-buih yang merangsang lelangit dan meningkatkan deria rasa. Hasilnya air liur itu terasa lebih sejuk daripada keadaan sebenarnya.
Kehadiran karbon dioksida juga penting kepada industri kerana ia mencegah pertumbuhan mikro-organisma dan menjadikan minuman itu tahan lebih lama.
Air Suling
Air sememangnya ramuan utama dalam penghasilan minuman ringan. Minuman ringan biasa mengandungi 90% air semantara minuman diet mengandungi sehingga 99% air. Pengeluar menggunakan kaedah penapisan dan peralatan lain yang canggih untuk menyingkirkan sebarang bahan asing yang tidak larut bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan yang tidak diingini.
Oleh itu tidak seperti air minuman yang mengandungi sisa beberapa unsur yang mempengaruhi rasanya, air yang digunakan dalam minuman ringan merupakan air yang tulen.
Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika, “Air suling, yang pada dasarnya bebas daripada campuran bahan galian, adalah sangat agresif iaitu ia cenderung melarut bahan-bahan yang bercampur dengannya.”
Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan golongan yang banyak meminum minuman ringan ( sama ada bergula atau tidak) menyingkirkan sejumlah besar kalisum, magnesium dan sisa bahan galian lain ke dalam air kencing.
Lebih banyak kehilangan bahan galian, lebih tinggilah risiko seseorang itu menghidap osteoporosis, hipotiroid, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan pelbagai jenis penyakit lain yang pada amnya dikaitkan dengan penuaan awal.
Pelbagai kajian juga mengesahkan kebaikan meminum air suling apabila seseorang itu ingin menyingkirkan sisa racun atau membersihkan sistem tubuh dalam tempoh yang singkat. Tetapi diet yang buruk dengan mengambil banyak makanan remeh dan minuman ringan boleh menjadikan tubuh lebih berasid.
Mengikut teori, pengumpulan produk sisa asid dalam tubuh boleh menyebabkan penuaan dan penyakit. Kajian menunjukkan semakin lama seseorang itu meminum air suling, lebih tinggi juga kencederungan mengalami kekurangan bahan galian dan berada dalam keadaan perut berasid.
Oleh itu, remaja yang meminum minuman ringan dari pagi hingga malam ke malam hanya mendedahkan diri kepada penyakit. Katakanlah ia merupakan seorang remaja perempuan bertubuh langsing. Jika ia meminum air soda dan cuba mengelak hidangan untuk mengekalkan kelangsingan tubuhnya, ia akhirnya akan mengalami masalah kekurang kalsium, yang seterusnya akan menyebabkan osteoporosis.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang The New York Times dan penulis buku Nutrition Book, Jane Brody, “Kekurangan kalsium semasa usia remaja sudahpun dikesan berlaku akibat penggantian susu dengan minuman berkarbonat atau minuman ringan lain. Lebih buruk lagi, sejumlah besar forforus dalam minuman ringan mengganggu imbangan kalsium kepada fosforus dalam diet dan mengurangkan kemampuan tubuh menyerap kalsium.”




Pengawet
Beberapa jenis pengawet digunakan dalam minuman ringan bagi menstabilkan mikrobial dan mencegah kerosakan. Minuman ringan biasanya tidak rosak kerana kandungan asid dan karbonatnya. Bagaimanapun, keadaan penyimpanan dan tempoh simpanan kadangkala boleh mempengaruhi rasanya. Oleh itu, sesetengah minuman ringan ditambahkan sedikit pengawet yang biasanya digunakan dalam makanan.
Bagaimanapun pengawet yang digunakan mungkin tidak dicatatkan pada label. Salah satu pengawet yang sering digunakan iala natrium benzoat (E211) atau lebih dikenali sebagai asid benzoik. Bahan penambah ini boleh memulakan serangan lelah, ruam kulit, dan keadaan terlalu aktif pada sesetengah orang.
Kami dapati bahan kimia ini terkandung dalam sekurang-kurangnya 14 jenama  minuman ringan yang terdapat di pasaran. Di bawah Peraturan Pemakanan 1985, paras selamat untuk asid benzoik dalam minuman ringan yang bertujuan untuk diminum tidak termasuk air mineral ialah 350 bahagian per sejuta (bps).
Dalam ujian yang kami jalankan, dua contoh minuman ringan didapati melanggar undang-undang makanan kerana mengandungi asid benzoik melebihi kadar yang benarkan. Kedua-dua minuman itu ialah F&N Orange Crush dan A&W Root Beer Frosty Mug Taste.
Kadangkala sulfur dioksida turut digunakan sebagai pengawet dan untuk mencegah warna sesetengah bahan seperti jus lemon daripada bertukar menjadi gelap. Ia juga bertindak sebagai antioksidan.
Sulfur dioksida merupakan sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memutihkan barangan. Ia boleh menyebabkan muka menjadi merah, pitam, ruam kulit tubuh membengkak, letih, sesak nafas dan bermacam-macam lagi kesan sampingan yang lain.
Bahan kimia ini begitu beracun sehingga pendedahan berulangkali padanya, walaupun tidak cukup tinggi untuk membuatkan anda sakit serta-merta, tetapi ia boleh menyebabkan perubahan genetik dalm sel-sel hidup.
Minuman ringan mudah diperolehi di mana-mana sahaja. Meminumnya pula sudah dianggap perkara biasa dan menjadi pilihan ramai terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang bakal kita sambut tidak lama lagi. Tetapi memandangkan keburukannya kepada kesihatan, bukankah lebih baik jika anda menukar selera kepada jus buah-buahan segar yang lebih berkhasiat?

Sumber petikan daripada : http://psipum.org/ketahui-fakta-sebenar-dan-hakikat-minuman-ringan-seperti-coca-cola-dan-pepsi-bhgn-2/

Wednesday, February 8, 2012

Pemakanan Tidak Berkhasiat yang Selalu Kita Ambil


Pernah tak kita terfikir makanan yang selama ni kita makan, ada keburukannya, tambah tambah lagi seorang pelajar. Yang duduk di asrama memang tak ada kesempatan nak masak  harap kan makanan dekat kafe atau dewan selera je. Kalau duit pinjaman atau duit belanja yang mak ayah bagi  tak mencukupi terpaksa ikat perut. Jalan terbaik untuk berjimat ialah makanan segera yang memang mudah di masak dan yang paling penting murah.
Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin


Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah  ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis  kanser  benign  yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab  kanser  ). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau  kanser  sama ada benign atau malignan.
  
Minuman 3 in 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 %  kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer

 Panadol

.

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

Sumber petikan daripada : http://selangor2u.com/blog/2011/03/pemakanan-tidak-berkhasiat-yang-selalu-kita-ambil/