Sunday, June 17, 2012

TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK


TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK


1. Tidak Bersarapan
Paras gula dalam darah berada pada tahap minimum apabila hari pagi dimulakan tanpa sarapan.
Ini akan mengakibatkan nutrisi penting tidak diperoleh secara maksimum dan melemahkan daya otak berfungsi.

2. Makan Berlebihan
Aktiviti makan yang berlebihan mengakibatkan arteri otak mengeras dan mengurangkan daya kuasa otak untuk berfungsi dengan baik. 

3. Merokok
Merokok dipercayai sebagai punca utama otak boleh mengecut dan akhirnya menyebabkan penyakit Alzheimer. 

4. Pengambilan Gula Yang Tinggi
Kandungan gula yang tinggi tidak baik kepada tubuh badan dan keselurahan sistem organ. Gula membantutkan penyerapan protein dan nutrien yang mengakibatkan kepada malnutrisi. Gula juga boleh mengganggu pertumbuhan sel otak.

5. Pencemaran Udara
Otak merupakan organ dalam tubuh kita yang paling besar memanfaatkan kandungan oksigen yang diserap tubuh. Pencemaran udara menggangu bekalan oksigen pada otak dan menyebabkan otak kurang efisyen dalam aturannya.

6. Kekurangan Waktu Tidur
Waktu tidur membolehkan otak untuk berehat. Kekurangan rehat dan waktu tidur yang sempurna akan mempercepatkan sel-sel otak mati.

7. Menutup Kepala Semasa Waktu Tidur
Apabila seluruh kepala ditutup semasa tidur, karbon dioksida dapat berkumpul dan oksigen pula tidak dapat 'circulate' dengan sempurna. Ini kelamaan boleh mendatangkan efek kerosakan otak.

8. Memaksa Penggunaan Pemikiran Yang Kuat Semasa Sakit
Terlalu kuat bekerja, atau terlalu kuat belajar dan memaksa otak untuk berfikir semasa keadaan tubuh yang sedang sakit sebenarnya mengakibatkan otak kurang efektif, juga boleh merosakkan saraf otak.

9. Kurang Berimaginasi
Berfikir merupakan suatu senaman yang penting bagi menjana otak yang sihat dan akal yang cerdas. Pada kajian oleh pakar otak Eropah, kurangnya stimulasi otak untuk berfikir dan membuahkan akal fikiran akan menyebabkan otak boleh mengecut. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

10. Kurang Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada tabuh badan termasuklah mengaktifkan otak dan mengelakkan otak dari kerosakan. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak menjadi dungu dan dangkal. Maka, latihlah otak untuk bekerja bagi meningkatkan daya keupayaan otak kita.



No comments:

Post a Comment