Thursday, March 8, 2012

Hubungkait Genetik, Pil Ecstasy dan Kanser


Hubungkai Genetik dan Kanser


Di dalam sel manusia seharusnya terdapat 23 kromosom. Jika terlebih atau terkurang, maka pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Gen yang dikenali sebagai STAG2 telah dikenalpasti sebagai dalang kepada melanomas (  kanser  kulit), Ewing’s sarcomas (kanser tulang) dan glioblastomas (  kanser    otak) memandangkan gen tersebut dikenalpasti wujud dalam ketiga-tiga   kanser  tersebut dalam keadaan ‘cacat’. Saintis-saintis Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap penemuan awal ini menjelaskan, STAG2 pada asalnya bertanggungjawab dalam proses pembahagian kromosom dalam proses pembahagian sel yang normal. Walaubagaimanapun, ini tidak selalunya berlaku, terutamanya apabila gen STAG2 ini telah bermutasi, dan ini mengakibatkan pembahagian kromosom untuk setiap sel menjadi tidak sekata. Kes ini dikenali sebagai ‘aneuploidy’ dan merupakan salah satu ciri-ciri   kanser  .
Sekiranya apa yang dijelaskan oleh kumpulan kajian tersebut sahih, maka dijangka pada masa hadapan, salah satu cara untuk mengatasi   kanser    adalah dengan menghalang gen STAG2 dalam tisu-tisu manusia tertentu daripada bermutasi. Kajian berkenaan juga masih diteruskan untuk mengenalpasti sama ada ia juga wujud dalam keadaan ‘cacat’ dalam sel   kanser  payudara, usus dan paru-paru.

Pil Ecstasy dan Kanser


5 tahun yang lalu, sekumpulan pengkaji di University of Birmingham telah menunjukkan ecstasy dan anti-depresi seperti Prozac berpotensi untuk menghentikan sel   kanser  daripada terus membiak dan membiak. Walaubagaimanapun, dos ecstasy yang diperlukan untuk menghentikan pembiakan sel   kanser  itu adalah sangat tinggi. Analoginya adalah sama seperti menelan berpuluh-puluh biji pil ecstasy dalam sehari, dan ini, meskipun mampu menghapuskan sel   kanser  , tetapi kesan sampingan yang harus dibayar adalah maut.
5 minggu yang lalu, sekumpulan pengkaji yang sama telah berjaya menemui formula untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menghasilkan Pil ecstasy yang telah DIUBAHSUAI (beberapa atom tertentu yang dikatakan boleh membawa maut kepada manusia pada dos yang tinggi telah disingkirkan dari molekul ecstasy yang asal). Sebiji pil ini dikatakan mempunyai kesan faedah yang sama seperti 100 biji pil ecstasy, tetapi kesan buruk memakannya adalah sama seperti memakan sebiji pil ecstasy sahaja. Dikatakan ‘pil ajaib’ tersebut berada pada fasa akhir penghasilannya, dan ia akan diuji terlebih dahulu kepada beberapa pesakit (tempoh percubaan) untuk sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum dikomersilkan.


Sumber petikan daripada : http://sususejat.com/hubungkait-genetik-pil-ecstasy-dan-kanser/

No comments:

Post a Comment